Ceritera Dunia

Dunia ni ada macam2 cerita..jom kita baca antara ceritanya..enjoy!!

Syarikat Telefon Gantung Nombor ‘Puaka’

Dicubit drpd mymetro:

LONDON: Sebuah syarikat telefon bimbit menggantung nombor 0888 888 888 daripada dilanggan selepas setiap seorang yang memilikinya mati sejak 10 tahun lalu.
Pemilik pertama adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Mobitel, Vladimir Grashnov. Mobitel yang menawarkan nombor berkenaan.

Ahli perniagaan Bulgaria itu mati akibat kanser ketika berusia 48 tahun pada 2001.

Nombor itu kemudian digunakan ketua mafia Bulgaria, Konstantin Dimitrov, sebelum dia akhirnya ditembak mati oleh pembunuh upahan pada 2003 Dia baru berusia 31 tahun apabila ditembak mati ketika makan bersama seorang model di sebuah restoran.

Ahli perniagaan, Konstantin Dishliev, menjadi pengguna ketiga, tetapi dia juga ditembak di luar sebuah restoran di Sofia. - Agensi 

P/S: Uishh..dasyat tol! Ada gak ea nombor fon puaka??huuuu... tp apa2 pun ajal maut kat tgn Tuhan..maybe kebetulan je tu..

0 comments:

Post a Comment